TERKINI : Jual Saham Media Prima! Sudah Tak Ada Makna Apa-apa Untuk UMNO – Najib Razak

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata adalah satu keperluan untuk parti itu menjual kepentingan saham di Media Prima Sendirian Berhad.

UMNO sudah tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat konglomerat media, dan tindakan itu harus dibuat.

“Satu keperluan untuk UMNO berbuat demikian. Media Prima dah tidak ada dalam kawalan UMNO lagi,” katanya di lobi Dewan Rakyat, hari ini.