Kim Darroch . foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump melancarkan serangan terhadap duta besar United Kingdom, Kim Darroch dengan menyatakan Amerika Syarikat tidak akan berurusan dengannya lagi.

Dalam komen hangatnya di Twitter, Trump juga mencerca di Theresa May dengan mengatakan ia adalah “berita baik” bahawa Britain tidak lama lagi akan mempunyai perdana menteri baharu.

Serangan terhadap Kim itu dibuat selepas emelnya kepada Britain tentang pentadbiran Trump bocor.

Dalam emelnya, Kim telah mengambarkan pentadbiran Trump yang tidak tidak cekap dan gagal berfungsi.

May pula berkata, beliau mempunyai kepercayaan penuh terhadap Kim tetapi tidak bersetuju dengan dutanya.

Malah, jurucakap May juga tidak boleh menerima tentang kebocoran maklumat sulit berlaku itu dan memberitahu Pejabat Perdana Menteri telah menghubungi White House.

Semalam Trump yang mengulas mengenai kenyataan Kim itu berkata:”Kami bukanlah peminat lelaki itu (Kim) dan beliau tidak berkhidmat dengan baik untuk United Kingdom”.

Pelantikan Kim adalah mewakili Ratu dan kepentingan Kerajaan United Kingdom di Amerika Syarikat.

Sepanjang 42 tahun sebagai diplomat, Kim mempunyai pengkhususan dalam isu-isu keselamatan negara dan polisi Kesatuan Eropah (EU).

Beliau pernah berkhidmat di Brussels sebagai wakil tetap United Kingdom untuk EU dan dilantik sebagai duta ke Amerika Syarikat pada Januari 2016. – MalaysiaGazette

Pentadbiran Trump tidak berfungsi, canggung