Saksi yang merupakan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi (kanan) ketika hadir perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Bekas  Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan SRC, Nik Faisal Ariff Kamil bertindak menghantar surat permohonan SRC International Sdn Bhd diletak di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Permohonan itu terus kepada bekas Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak untuk diluluskan.

Tindakan ini menurut saksi ke-44, Datuk Mat Noor Nawi sebagai di luar kelaziman kerana tidak melalui peringkat bawahan terlebih dahulu.

“Kes ini sebenarnya berbeza sedikit. Dalam banyak kes, syarikat akan hantar permohonan mereka kepada Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan akan sediakan kertas untuk keputusan atau sokongan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan diangkat kepada Menteri Kewangan

“Kedua, dan jika perlu, diangkat lagi kepada Menteri Kewangan. Ini saya kategorikan sebagai pendekatan pertama.

“Dalam kes ini (permohonan SRC), saya kategorikan sebagai (pendekatan kedua) iaitu proses membuat keputusan dari atas ke bawah,” katannya kepada Mahkamah Tinggi.

Beliau yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Perbendaharaan Dasar Kementerian Kewangan berkata, surat tersebut bertarikh 9 Januari 2012.

Menurutnya lagi, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga telah dimaklumkan perkara itu.

Mat Noor mendedahkan beliau sendiri menyerahkan satu salinan memo mengenai pemindahan itu kepada Husni.-MalaysiaGazette