KUALA LUMPUR – UMNO sama sekali tidak akan dibubarkan untuk menyertai mana-mana parti politik lain.

Malah, UMNO akan terus berjuang bersama Pas berdasarkan setiakawan dan Piagam Bersama yang telah terbentuk.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebarang kerjasama UMNO dengan parti lain akan terlebih dahulu dirujuk kepada Pas dan keputusan akan diputuskan secara bersama.

Menurutnya, UMNO dan Pas menolak sama sekali ikatan atau kerjasama dengan mana-mana parti atau pihak yang menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Ini atas kesedaran bahawa DAP dengan dasar socialism mereka serta strategi Malaysian-Malaysia DAP adalah sama sekali bercanggah dengan dasar perjuangan UMNO dan Pas.

Namun, UMNO sentiasa terbuka kepada sebarang perundingan dengan mana-mana parti politik berkaitan perpaduan dan penyatuan Melayu.

Tetapi perundingan hanya boleh dibuat oleh wakil rasmi yang diberi mandat oleh parti dan bukannya oleh mana-mana individu atau kumpulan tanpa kebenaran rasmi parti.

Keputusan berkaitan sebarang perkara yang dirundingkan hanya boleh diterima atau diluluskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kata Annuar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast