Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum meningkatnya untuk dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, didorong oleh peralihan pelabur kepada mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit disebabkan keraguan yang berterusan mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, unit tempatan berada pada 4.1090/1120 berbanding dolar US daripada 4.1140/1170 semasa ditutup semalam.

Beliau berkata, pelabur kekal tidak memasuki pasaran, menunggu isyarat yang lebih jelas daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kemungkinan mengurangkan kadar faedah AS dan pengumuman mengenai data inflasi AS hari ini.

Unit tempatan turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.1494/1548 daripada 5.1565/1619 pada Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0251/0278 daripada 3.0339/0373.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6267/6305 daripada 4.6348/6390 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7895/7934 daripada 3.8029/8060 sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast