KUALA LUMPUR – Perlawanan terakhir  antara Kedah FA dan Perak FA dianggap sebagai salah satu aksi final paling ditunggu-tunggu oleh Shopee Piala FA kerana kedua-dua pasukan merebut untuk bergelar Juara Shopee Piala FA 2019.

Kedah FA layak ke pentas final selepas menundukkan Felda United menerusi agregat 3-3 sementara Perak telah berjayamenyingkirkan juara bertahan, Pahang dalam aksi buku bertemu ruas itu.

Kini, peminat tegar boleh mendapatkan tiket mereka di Shopee bermula 17 Julai 2019.

Pengumuman itu berikutan peningkatan spekulasi mengenai jumlah tiket ketika hari perlawanan akhir antara Kedah dan Perak semakin hampir iaitu pada 27 Julai 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Peminat yang baru menjadi pengguna Shopee bakal menikmati tawaran istimewa ketika membeli tiket final Shopee Piala FA 2019 dan akan menikmati potongan sebanyak RM8 apabila mereka memasukkan kod SHMFL1ST.

Shopee adalah platform pasaran dalam talian rasmi dan eksklusif untuk jualan tiket Shopee Piala FA 2019.

Dengan hampir 10,000 tiket yang dijual di final Shopee Piala FA tahun lalu, Malaysian Football League (MFL) memiliki perancangan untuk mencapai pertumbuhan 50% dalam jualan tiket dalam talian.

Pada tahun 2018, Shopee telah menjual lebih daripada 30,000 tiket di semua kelab liga dan menjual 3,000 tiket Piala Malaysia dalam masa 1.5 minit.

Dengan jualan tiket yang menggalakkan oleh Shopee pada 2018 dan 2019, ini membuktikan bahawa kadar penggunaan pasaran dalam talian semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia memandangkan semakin banyak orang membeli-belah dalamtalian.

Matlamat MFL, melalui perkongsian dengan Shopee, adalah untuk menyediakan peminat bola sepak dengan pengalamanmembeli yang lancar dan memudahkan mereka untukmenyokong pasukan kegemaran mereka.

Sudah tentu dalamperjalanan untuk merealisasikan matlamat itu kerana iamembuat kemajuan besar dalam mengubah liga tempatan dan adegan bola sepak Malaysia.

Shopee adalah penaja utama Piala FA Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut.  Melalui perkongsian itu, lebih ramai peminat akan mempunyai akses langsung untuk perlawanan tiket dan barangan pasukan kegemaran mereka. – MalaysiaGazette