KUALA LUMPUR – Satu lagi parti India dengan objektif mahu memperjuangkan nasib komuniti itu akan ditubuhkan dengan nama Malaysia Advancement Party (MAP).

Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy yang mengasaskan MAP memberi bayangan tentang penubuhannya sejak tahun lalu dengan harapan ia akan membawa perubahan positif dalam perjuangan masyarakat India.

Menurut Waytha, beliau juga telah bertindak meletak jawatan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dengan pembentukan MAP yang juga telah mendapat kelulusan daripada Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

MAP dijangka memainkan peranan penting dalam mempertahankan kepentingan kaum India di negara ini yang sebelum ini dikatakan gagal dilaksanakan oleh parti pemerintah terdahulu.

“Sebagai sebuah gerakan rakyat, parti ini akan memainkan peranan penting mengembalikan harapan dan peluang bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya masyarakat India Malaysia diwakili secara berkesan,” katanya dalam kenyataan.

WaythaJelas bekas pemimpin Hindraf itu, MAP akan melibatkan diri dengan PH dalam memastikan agenda kemakmuran dikongsi bersama di bawah pentadbiran Malaysia Baharu.

Waytha juga mendedahkan susulan daripada peletakan jawatan beliau, Pengerusi baru akan ditentukan melalui Mesyuarat Agung Khas tidak lama lagi. –MalaysiaGazette