TERKINI : Itu Hak Anwar Untuk Nasihat Azmin Bercuti – Kadir Jasin

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak menasihati timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bercuti sekiranya Timbalan Presiden PKR itu sekiranya video seks di luar tabii yang mengaitkan dirinya sahih.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin berkata, Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah pemimpin utama PKR.

“Datuk Seri Anwar mempunyai hak beri pendapatnya dan sebagai pemimpin parti itu, adalah haknya untuk menyatakan pandangannya dan itulah sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin parti.