USS Boxer milik tentera laut Amerika Syarikat. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memaklumkan tentera laut Amerika Syarikat telah menembak jatuh dron Iran di Selat Hormuz.

Beliau berkata, kapal USS Boxer “mengambil tindakan pertahanan” semalam selepas pengebom dron berada kira-kira 1,000 meter (914m) kapal itu.

Iran berkata, ia tidak mempunyai maklumat mengenai kehilangan dron.

Bulan lalu, Iran menembak jatuh dron milik tentera Amerika Syarikat di kawasan itu.

Terdahulu, Tehran berkata ia telah merampas sebuah “kapal tangki asing” dan 12 anak kapalnya pada hari Ahad untuk menyeludup bahan bakar di Teluk.

Iran telah dituduh melakukan beberapa serangan kapal tangki sejak Mac oleh Amerika Syarikat.

Selat Homuz adalah laluan penting kapal tangki minyak.

Bagaimanapun, semua tuduhan itu disangkal Tehran.

Beberapa kejadian di Teluk itu telah mencetuskan kebimbangan konflik ketenteraan.

Washington sebelum ini berkata Iran mesti segera melepaskan kapal tangki yang didakwa telah dirampasnya.

Manakala media Iran memetik Pengawal Revolusi Iran sebagai berkata, kapal itu telah menyeludupkan satu juta liter (220,000 gelen) minyak.

Media negara itu kemudiannya mempamerkan rakaman kapal laju Iran yang mengelilingi kapal tangki Riah yang menggunakan bendera Panama.

Kapal tangki itu dirampas di selatan Pulau Larak, Iran. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.