Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersemuka dengan baris pimpinan PKR menjelaskan isu pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

KUALA LUMPUR – Secara kebetulan Ahad ini dua majlis melibatkan dua pemimpin utama PKR diadakan serentak.

Kedua-dua melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagi majlis Mohamed Azmin dianjurkan atas nama meraikan kemenangan menolak politik fitnah dan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari di Shah Alam.

WhatsApp Image 2019-07-19 at 2.53.52 PM

Manakala bagi Anwar menganjurkan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut di sini.

WhatsApp Image 2019-07-19 at 9.27.52 PM

Kedua-dua diadakan sebelum solat Maghrib.- MalaysiaGazette