Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersemuka dengan baris pimpinan PKR menjelaskan isu pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

PORT DICKSON – Penutup hari kedua Temu Rapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini menyaksikan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal menghadirkan diri.

Azmin yang sepatutnya memberikan ucapan pada jam 8.30 malam tidak kelihatan biarpun dewan di Lexis Hibiscus Port Dickson telah dipenuhi dengan ahli-ahli parti.

MalaysiaGazette turut memanjangkan perkara ini kepada Setiausaha Politik Azmin, Hilman Idham, bosnya itu disahkan tidak hadir malam ini.

Ditanya mengapa Azmin gagal hadir, Hilman bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar dikhabarkan mengambil alih majlis malam ini dengan ucapan.

Dilihat hadir adalah Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar, Tian Chua, dan Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution; dan Koordinator Majlis Pengerusi-pengerusi Pimpinan Negeri, Datuk Johari Abdul.

Hadir sama adalah Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chai. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast