KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini industri seni tanah air dikejutkan dengan berita perceraian beberapa selebriti. Yang terbaharu termasuklah Radhi OAG.

Radhi dan Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu bercerai pada minggu lalu meskipun begitu, vokalis OAG itu secara terang-terangan mengaku masih berharap membina semula kehidupannya dengan bekas isteri.

Terbaharu, penyanyi ini memuat naik foto versi hitam putih menunjukkan Ayu bersama dua anaknya dengan kapsyen #wallahualam.

Radhi dan Ayu, 25, mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Nuraishah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini, Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim, 14.

Perceraian Radhi tersebar luas apabila dikatakan beliau melafazkan talak dan mendakwa ketika itu dalam keadaan tidak stabil selepas tidak tidur selama tiga hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast