Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar dari dewan selepas pada temurapat retreat pimpinan PKR di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 21 JULAI 2019

PORT DICKSON – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sentiasa membuka pintu kerjasama bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali walaupun kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan.

Jelas Anwar, selaku orang nombor satu parti, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk terus bekerjasama sebagai satu pasukan dalam PKR.

“Soalan itu tidak relevan. Azmin adalah Timbalan Presiden. Kami akan bekerja sebagai satu pasukan.

“Kami akan sentiasa berberbincang dan bersama dalam mesyuarat. Tiada masalah,” kata beliau kepada media dalam sidang media di selepas Program Temu Rapat MPP PKR di Port Dickson, hari ini.

Beliau sebelum itu menjawab soalan media adakah akan bekerjasama dengan Azmin atau tidak.

Kenyataan itu dibuat selepas Azmin tidak langsung menghadirkan diri dalam program tiga hari majlis Temu Rapat PKR yang bermula Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast