Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor dikecam netizen yang mahu Amirudin Shari lebih serius dan fokus dalam menangani masalah air di negeri itu.

Pelbagai kenyataan pedas dilemparkan oleh netizen melalui akaun Twitter menteri besar itu selepas beliau memaklumkan akan melawat loji air pada pukul 1 petang ini.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 terpaksa dihentikan operasinya petang semalam selepas pencemaran minyak diesel di sumber air mentah.

Ia merupakan gangguan berskala besar kali kedua dalam tempoh tiga hari selepas loji berkenaan ditutup ekoran pencemaran di sumber air pada Khamis lalu.

Semasa gangguan kali pertama, Amirudin tidak membuat sebarang kenyataan kecuali berkongsi maklumat tentang gangguan dan pemulihan gangguan bekalan air sahaja.

Seorang warga net rouslan @RouslanMoktar berkata, tindakan Amirudin ambil maklum gangguan itu bagus tetapi berpesan supaya henti berpolitik.

Katanya, Datuk Mohamed Azmin Ali sudah besar panjang, pandailah beliau menguruskan masalahnya.

“Selangor sejak ditinggal Khalid Ibrahim tak selesai2 dengan masalah air,” katanya.

Kamalakannan@kveerapathra pula berkata, pengumuman tindakan selanjutnya yang lebih komprehensif adalah lebih penting daripada mengambil maklum dan pergi melawat ke loji air itu.

So sorry to be harsh. It’s been more than 10 years. Just got too fedup with mere words without actions,” ujarnya.

Manakala MohaJeff @MohaJeff mengingatkan Amirudin bahawa pengundi menyokong dan memberinya pangkat bukan untuk berebut kuasa.

“Orang pilih supaya korang boleh membantu rakyat,” katanya.

Sementara itu, Shukran Seman @ShukranSeman pula memulangkan paku buah keras kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ermmm dulu tuduh Kerajaan Persekutuan sabotaj kalau timbul masalah air kt selangor, yang ni nak cakap apa lak? Kerajaan persekutuan sabotaj juga ke??” katanya.

Sindiran sama juga dilemparkan oleh zuno @shfqznnr yang berkata: “Ada unsur sabotaj ke YB? Mohon siasatan terperinci dan ambil tindakan wajar…”.

Jon BangWool JonFire9 turut berpesan kepada Amirudin: “please DO your work and STOP politicking! – MalaysiaGazette