Kedutaan Amerika Syarikat di Havana, Cuba. foto Agensi

HAVANA – Imbasan otak yang dijalankan ke atas kakitangan kedutaan Amerika Syarikat di Cuba yang sakit mendedahkan wujud perbezaan ketara.

Dapatan itu sekali gus mendedahkan punca sakit misteri yang melanda kakitangan di kedutaan itu hingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka dipanggil balik.

Para penyelidik dari University of Pennsylvania menyifatkan gejala yang digambarkan oleh pekerja kedutaan mungkin mencerminkan keputusan imbasan otak mereka berbanding sukarelawan yang sihat.

Perbezaannya “mengejutkan”, kata ketua penyelidik Dr Ragini Verma, seorang profesor radiologi di universiti, kepada Reuters.

“Kebanyakan pesakit mempunyai gejala tertentu dan ada kelainan klinikal yang dicerminkan dalam pengimejan anomali,” katanya.

Walau bagaimanapun, dalam penemuan yang diterbitkan oleh Journal of the American Medical Association (JAMA), Verma dan rakan-rakannya mengatakan tidak jelas apakah jika corak otak langsung diterjemahkan kepada masalah kesihatan.

Tetapi, imbasan MRI itu mendedahkan tiada keabnormalan terhadap 21 pekerja kedutaan tersebut.

Dalam satu kenyataan, kerajaan Cuba mengatakan kajian itu tidak sepadan dengan perkara-perkara sebelumnya, juga tidak membantu untuk mengesan punca penyakit yang dilaporkan oleh kakitangan diplomat.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, “Jabatan tersebut menyedari kajian itu dan mengalu-alukan perbincangan masyarakat perubatan tentang isu yang sangat kompleks ini.”

Kira-kira 24 orang kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat di Havana mengalami masalah kesihatan pada tahun 2016 selepas bekas Presiden Barack Obama membuka semula kedutaan dalam usaha membaiki hubungan dua hala.

Disebabkan masalah itu, hampir kesemua kakitangan telah dibawa balik.

Mereka dilaporkan mengalami masalah sakit kepala, bunyian di telingga, gangguan tidur, sukar berfikir, masalah memori, sakit kepala dan mengalami masalah keseimbangan. – MalaysiaGazette