Farhash Wafa Salvador.-pix FB

PETALING JAYA – PKR perlu mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana tidak menghormati timbalan presiden parti itu.

Ahli parti tersebut K. Gunasekaran berkata. tidak sepatutnya berlaku layanan berat sebelah terhadap Setiausaha Politik kepada Presiden PKR yang secara terang-terangan menyebut “Azmin semburit”.

“Seorang MPN (Majlis Pimpinan Negeri) seharusnya memahami dan menghormati timbalan presiden (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali). Sebelum itu pihak polis jelaskan  Azmin tidak ada video tersebut ini telah disahkan tetapi keluar balai seorang Pengerusi MPN jerit begitu

“Tidak sepatutnya ada ‘double standard’,” katanya kepada pemberita ketika menyerahkan aduannya di Ibu Pejabat parti itu.

Meskipun ahli-ahli parti dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini namun Gunasekaran berpendirian  Farhash perlu diberikan pengajaran agar tidak lantang.

Dalam masa yang sama ia memberi teladan kepada yang lain.

Tambah beliau sekiranya parti mampu mengambil tindak  terhadap bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz kurang 14 hari, justeru perkara yang sama juga boleh dikenakan terhadap Farhash.

“Saya nak perkara ini diselesaikan dalam masa 48 jam, tapi saya diberitahu maksimum lembaga disiplin akan teliti perkara ini 90 hari. Ini tak patut,” ujarnya.

Semalam Farhash yang juga Pengerusi PKR Perak dan Haziq  dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan video seks yang mengaitkan Azmin.

Dalam pada itu, Naib Ketua Cabang Ampang D Nallan yang hadir menyokong aduan yang dibuat Gunasekaran menyifatkan langkah terbaik adalah memecat Farhash.

“Pecatlah tunggu apa lagi, kalau tiada bukti tunggu 90 hari itu biasa. Tapi apa yang dia cakap itu dilaporkan, ada dalam rakaman video,” tambah beliau.

Terdahulu, Farhash yang juga merupakan Setiausaha Politik Anwar melaungkan “Azmin semburit” sewaktu mengakhiri ucapannya di hadapan IPD Dang Wangi, semalam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast