Datuk Seri Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara hari ini tidak menolak penahanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung skandal video seks.

Bagaimanapun, sebarang keputusan adalah tertakluk kepada prerogatif Jabatan Peguam Negara selepas kertas siasatan kes itu diserahkan kepada jabatan tersebut.

Abdul Hamid turut menegaskan tidak ada berlaku penindasan atau ketidakadilan dalam siasatan polis berhubung skandal video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Katanya, siasatan yang dijalankan adalah selari dengan kedaulatan undang-undang.

“Perkara itu ditangani oleh pasukan penyiasatan. Biarkan mereka melakukan tugas mereka, “katanya yang dipetik daripada The Star.

Menurutnya, video seks itu adalah isu sensitif dan polis memerlukan masa untuk menyelesaikan siasatan.

“Saya ingin menyatakan semula bahawa, sebagai ketua polis, saya tidak mahu terlibat dalam sebarang polemik politik, kecuali jika seseorang menuduh saya (tanpa asas),” katanya yang merujuk tuduhan oleh Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menyatakan Abdul Hamid berbohong mengenai kesahihan video itu.

Abdul Hamid berkata, laporan polis telah dibuat terhadap Lokman dan siasatan akan dibuat.

“Biarkan polis siasat laporan itu,” katanya.

Baru-baru ini Lokman mendakwa telah mendapatkan pakar forensik bagi mengesahkan ketulenan rakaman video seks.

Dakwanya, tidak ada bukti video itu telah diedit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast