Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, S. Shanmugamoorthy.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tidak dikenali membuat panggilan telefon sekitar jam 11 pagi tadi sebelum mendakwa terdapat bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan mahkamah, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, S. Shanmugamoorthy mendedahkan pihaknya tidak dapat memberikan maklumat terperinci berhubung perkara itu setakat ini.

“Kira-kira 11 pagi tadi, balai TTDI telah menerima panggilan telefon daripada satu lelaki tidak dikenali. Kita tidak cam dia kerana dia juga tidak perkenalkan diri sebaliknya hanya memberitahu maklumat ancaman bom. Itu sahaja.

“Kita sudah mendapat bantuan daripada pihak unit bom dan bantuan pihak lain yang ada kepakaran untuk meninjau kawasan ini. Itu sahaja saya dapat beritahu kepada anda semua.

“Saya tidak dapat memberikan sebarang maklumat tentang berapaka lamakah jangka masa untuk tinjaun bom ini kerana anda boleh lihat betapa luasnya kawasan ini,” katanya.

Sehingga kini, orang ramai masih lagi berkerumun di luar perkarangan mahkamah tidak berapa pasti apa yang perlu di lakukan ketika ini manakala pintu pagar sudah ditutup.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/25/prosiding-kes-src-tangguh-gara-gara-panggilan-bom/