KUALA LUMPUR – Formula agihan kerusi 50-50 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dilaporkan oleh Malaysiakini adalah tidak benar sama sekali.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan semua ini adalah usaha untuk memecah-belahkan muafakat UMNO dan Pas yang sedang terjalin baik dan Piagamnya akan ditandatangani pada 14 September 2019 ini.
Lantaran itu, pimpinan dan ahli-ahli UMNO di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu.
Semalam, Malaysiakini melaporkan UMNO bersedia menyerahkan kerusi tradisinya kepada Pas pada PRU ke-15.
Portal yang memetik sumber itu melaporkan, formula agihan kerusi 50-50 itu hanya membabitkan Semenanjung Malaysia sahaja.
Formula itu, menurut laporan tersebut bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan terkandung dalam piagam kerjasama antara kedua-dua parti. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan
https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/30/sumber-berita-malaysiakini-tidak-wujud-dakwa-khaled/