Khazanah
Khazanah Nasional Bhd

SINGAPURA – Khazanah Nasional Berhad dan Temasik menjual unit-unit pejabat dan peruncitan DUO di Singapura.

Kerjasama sayap pelaburan milik Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai M+S Pte Ltd. akan menjual kepentingan kepada anak syarikatnya, Ophir-Rochor Commercial Pte Ltd pada nilai AS$1.15 bilin kepada Allianz Real Estate dan firma ekuiti swasta, Gaw Capital Partners.

Pengumuman jualan itu membabitkan DUO Tower, ruang pejabat Gred A 20 tingkat dan DUO Galleria dengan ruang seluas 56,000 kaki persegi yang terletak berhampiran dengan daerah kewangan.

Tetapi, M+S masih memiliki Andaz Singapore, hotel lima bintang yang diuruskan oleh Hyatt, setinggi 15 tingkat di DUO Tower, selain 660 unit kediaman premium.

M+S turut memiliki Marina One, pembangunan ruang pejabat seluas 1.88 juta kaki persegi dengan penyewa termasuk Facebook dan 140,000 kaki persegi ruang runcit dan apartmen mewah.

Awal tahun ini Khazanah mengumumkan untuk memperoleh lebih banyak tunai untuk kerajaan dengan melupuskan aset-aset tidak strategik dan mengurangkan kepentingan di luar manakala Temasik pula merekodkan peningkatan portfolio dalam tempoh tiga tahun bagi tahun 2018 kerana nilai pelupusan pelaburan lebih tinggi berbanding pelaburan.

M+S yang dimiliki oleh Khazanah dan Temasek dengan kepentingan 60:40 diwujudkan pada Jun 2011 untuk membangunkan dua projek di Singapura. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast