LONDON – Mogok yang akan dilancarkan oleh juruterbang British Airways (BA) dijangka mengganggu percutian penumpang pada bulan ini selepas syarikat penerbangan itu gagal buat kali kedua untuk menghalang tindakan industri.

Mahkamah rayuan pada hari Rabu menegaskan keputusan minggu lalu oleh mahkamah tinggi, yang menolak tuntutan BA yang mahu melancarkan mogok adalah tidak sah.

Kesatuan Juruterbang, Balpa, kini boleh meneruskan mogok akibat tidak puas hati dengan gaji, selagi ia memberi notis dua minggu.

Syarikat penerbangan itu membawa sekitar 145,000 orang penumpang sehari.

Susulan rancangan mogok itu, rundingan antara kesatuan dan BA telah dimulakan semula pada petang Rabu dan akan diteruskan hingga Jumaat.

“BA cuba untuk menolak pandangan demokratik juruterbang dengan membawanya di mahkamah dan bukannya menanganinya di meja rundingan, ternyata membazirkan sejumlah wang dan masa, sedangkan sepatutnya boleh diselesaikan secara aman.

“Sekarang pintu untuk rundingan dan kompromi sudah ditutup. BA perlu bangun untuk realiti. Undian kami sebanyak 93% memihak kepada tindakan mogok. Terdapat isu yang serius di sini dan BA setakat ini enggan membantu kita menanganinya,” kata Setiausaha Agung Balpa, Brian Strutton.

Jurucakap BA pula  berkata: “Kami kecewa (Balpa) telah memilih untuk mengancam percutian ribuan pelanggan kami pada musim panas ini dengan tindakan mogok yang belum pernah terjadi sebelumnya. Kami sangat menyesal kerana gangguan tindakan mogok Balpa akan menyebabkan pelanggan kami terjejas”.

“Walaupun tiada tarikh mogok belum dikeluarkan oleh Balpa dan mereka dikehendaki memberi kami notis 14 hari sebelum melakukan mogok.

“Sehubungan itu, kami meminta para pelanggan menyemak maklumat penerbangan dengan mengunjungi ba.com, atau dengan menghubungi ejen pelancongan. Kami terus mengejar setiap jalan untuk mencari penyelesaian bagi mengelakkan tindakan industri dan melindungi pelan perjalanan pelanggan.

“Perjanjian pembayaran yang kami cadangkan sebanyak 11.5% selama tiga tahun adil tetapi tidak bagi pihak Balpa, sedangkan ia telah diterima oleh ahli-ahli kesatuan sekerja Unite dan GMB, yang mewakili hampir 90% rakan-rakan dalam British Airway,” katanya.

Balpa berkata, tarikh mogok akan ditentukan sehingga mereka selesai berunding dengan BA. – MalaysiaGazette