Felcra

KUALA LUMPUR – Felcra akan mengagihkan dividen keuntungan berjumlah RM27,589,726.48 kepada 46,922 pesertanya di seluruh negara.

Bagi Agihan Keuntungan Interim 1/2019, Felcra memperuntukkan 70 peratus daripada jumlah keuntungan hasil ladang bagi tempoh Januari hingga April 2019 untuk diagihkan kepada peserta yang terlibat.

Baki 30 peratus akan diagih bersekali dengan bayaran Agihan Keuntungan Akhir pada April 2020 nanti, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Felcra bertanggungjawab untuk menguruskan 220,086 hektar bagi 112,454 peserta yang merangkumi kira-kira 1,774 projek di seluruh negara.

Oleh itu, jumlah keuntungan yang diagihkan ini diperolehi daripada keuntungan bersih ladang-ladang milik peserta yang diurus dan dimajukan oleh Felcra melibatkan 509 buah projek.

Menurutnya, pengurusan Felcra telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya bagi memastikan purata produktiviti ladang sentiasa berada pada tahap optimum.

“Usaha ini adalah untuk mengimbangi pendapatan yang terjejas akibat penurunan harga komoditi pasaran sedunia.

“Menerusi usaha ini, Felcra akan memastikan supaya bayaran Agihan Keuntungan Interim 1/2019 kepada peserta dapat dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast