SHANGHAI – Huawei Technologies Co Ltd. sedang menguji telefon pintar yang menggunakan sistem operasi syarikat tersebut, Hongmeng yang berpotensi berada di pasaran hujung tahun ini, demikian menurut laporan media China, Global Times.

Pengenalan telefon bimbit yang dikuasakan oleh Hongmeng itu bakal menandakan langkah besar China selepas kerajaan Amerika Syarikat mengancam aksesnya terhadap sistem operasi Android milik Google.

Peranti itu dijangka berharga kira-kira 2,000 yuan (RM3,341), kata sumber kepada Global Times.

Ini sekali gus meletakkan peranti tersebut di pasaran telefon bimbit murah.

Huawei bagaimanapun tidak memberi komen segera ketika dihubungi Reuters pada Isnin.

Para eksekutif Huawei sebelum ini, menggambarkan Hongmeng sebagai sebuah sistem operasi yang direka untuk produk-produk berkaitan Internet.

Bulan lepas, syarikat itu berkata, peranti utama pertama yang akan dikuasakan oleh Hongmeng adalah rangkaian televisyen pintar jenama Honor.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast