Pemain-pemain Manchester meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menamatkan perlawanan dalam kempen baharu Liga Perdana Inggeris di Wembley awal pagi tadi.

LONDON – Jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnkan Raheem Sterling memberi isyarat kepada Liverpool bahawa Manchester City akan mara untuk merangkul
Perisai Komuniti di Wembley dalam kempen baharu Liga Perdana Inggeris.

Meskipun kedudukan mata terikat 1-1 namun, ia mampu menggoyahkan Liverpool yang kini terus bergelut dengan prestasi hambar ketika pra-musim.

Dalam perlawanan tersebut juara Eropah, Liverpool bagaimanapun bangkit pada babak kedua. Mereka menyamakan kedudukan menerusi tandukan Joel Matip pada minit ke-77 dan mencipta beberapa peluang.

Pemain City, Kyle Walker menyelamatkan percubaan Mohamed Salah di atas garisan gol ketika permainaan hampir tamat, dan tanpa masa tambahan perlawanan ditentukan menerusi penentuan penalti.

Skuad kendalian Pep Guardiola, yang memenangi treble musim lalu, menyempurnakan kelima-lima sepakan penalti manakala Georginio Wijnaldum menyaksikan sepakannya diselamatkan Claudio Bravo. – MalaysiaGazette