Neymar

LONDON – Barcelona akhirnya mengesahkan juara La Liga itu tidak lagi berminat dengan penyerang Brazil, Neymar, lapor talkSPORT.

Naib Presiden Barcelona, Jordi Cardoner berkata, kelab itu tidak mungkin  menandatangani pemain berusia 27 tahun tersebut daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada pasaran perpindahan ketika ini.

Cardoner mengakui dia sedar Neymar tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Paris namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh Barcelona untuk membantu pemain tersebut.

“Dia tidak gembira dengan pasukannya sekarang tetapi dia perlu selesaikan masalah itu di Paris.

“Ketika ini, kami mengesahkan dia tidak akan menyertai Barcelona. Kalau satu hari nanti, jika dia masih mahu kembali, ia akan dibincangkan kemudian,” katanya  kepada televisyen Sepanyol.

Nyemar dikaitkan dengan kepulangan ke Camp Nou selepas bekas pasukannya itu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mendapatkan semula khidmat penyerang yang dijual kepada PSG, dua tahun lalu.

Cardoner turut mengulas  tentang spekulasi yang mengaitkan bintang tengah, Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic akan meninggalkan Barcelona.

“Kami tidak mahu mendedahkan mengenai masa depan pemain yang masih berada di sini.

“Mereka perlu dihormati,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast