Dennis Praet

ENGLAND – Leicester City bersedia melengkapkan pembelian pemain tengah Serie A Dennis Praet dengan nilai £18.4m juta pada bila-bila masa selepas ini, lapor the Guardian.

Bintang Belgium berusia 25 tahun itu dilaporkan bersetuju kontrak lima tahun untuk berhijrah ke King Power Stadium sebelum jendela perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris ditutup Khamis esok.

Kini hanya beberapa butiran peringkat akhir dokumen perjanjian perlu dipersetujui kelab bersama pemain itu.

Sebelum ini the Foxes sudah merekrut Touri Rielemans dari kelab Ligue 1 Monaco menggantikan Harry Maguire dengan nilai £40 juta pound.

Pengurus the Foxes Brendan Rodgers bersedia memenuhi klausa yuran £18.4 juta pound yang ditetapkan Sampdoria.

Praet adalah bakat tengah berkemahiran tinggi dan beraksi cemerlang bersama Sampdoria sejak 2016 dengan 98 penampilan dalam semua perlawanan.-MalaysiaGazette