Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak  mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat tafsiran terhadap konotasi cash is king apabila menjadikan ia sebagai satu senjata untuk menjatuhkannya.

Sedangkan, menurut beliau, konotasi itu mempunyai maksud yang sangat signifikan kerana hasratnya ialah mahu menolong rakyat yang susah.

“Saya tidak bermaksud mahu membeli rakyat apabila saya berkata wang tunai adalah raja.

“Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah rakyat adalah raja dan wang tunai kita gunakan untuk membantu rakyat.

“Tun Mahathir melihat konotasi itu secara tidak tepat mungkin dia tidak faham atau sengaja tak nak faham,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu forum khas yang “Hard Truth: Cash Is King”, di PWTC di sini malam ini.

MGF07082019_WACANA ILMU UMNO_12
Najib Razak

Bekas perdana menteri berkata, semasa menjadi kerajaan (Barisan Nasional) langkah paling utama yang perlu dilakukan ialah menolong rakyat terutama golongan miskin yang memerlukan.

Katanya, ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana amanah itu sangat-sangat dituntut dalam agama.

Ujarnya, jika ada yang menuduh beliau mahu membeli undi menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh BN ketika pada zamannya, adalah lebih kepada bantuan wang yang  diberikan kepada penyokong-penyokong parti pimpinannya sahaja.

“Kita beri bantuan itu tanpa syarat. Tapi kita tahu ada orang itu ‘hard core‘ pembangkang, tapi kita bagi juga, semua dapat.

“Mereka sebenarnya menunggu sangat pemberian BR1M dan kini mereka rasakan ia sebagai satu kehilangan besar,” tambah beliau. – MalaysiaGazette