Wolves sedia merampas Daniele Rugani daripada Arsenal.

ITALI – Peluang Arsenal untuk merekrut bintang pertahanan Juventus, Daniele Rugani tergugat dengan kehadiran Wolverhampton Wanderers.

Pasukan itu berharap mengenepikan the Gunners untuk mengikat khidmat bintang juara bertahan gelaran Serie A itu.

Pasukan the Molineux dilaporkan meletakkan £30 juta pound untuk Rugani.

The Gunners sebelum ini meluahkan minat untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman ke Stadium Emirates namun bakal dimusnahkan Wolves.

Wolves mengalih perhatian kepada Rugani selepas bidaan untuk pemain Valencia Mouctar Diakhaby ditolak Itali.

Juventus pula meletakkan nilai klausa pelepasan bernilai £50 juta pound untuk pemain antarabangsa Itali itu.

Bagaimanapun, Wolves menguji Juventus dengan permulaan £30 juta pound selepas pemain itu dimaklumkan boleh meninggalkan skuad kendalian Maurizio Sarri.

Arsenal masih berminat dengan khidmat pemain itu dan bersedia untuk tampil dengan tawaran lumayan.

Dalam perkembangan lain Arsenal pada masa yang sama sedang berusaha untuk mengikat bintang Barcelona Samuel Umtiti dan Dayot Upamecano dari RB Liepzig.

Tetapi Leipzig menuntut £70 juta pound untuk Upamecano dan bidaan awal Arsenal bernilai £55 juta pound ditolak.

Peralihan Arsenal untuk Umtiti dilihat optimis namun pemain antarabangsa Perancis itu memilih untuk kekal di Nou Camp musim ini.

Dengan jendela perpindahan melabuh tirai khamis esok, Arsenal mengejar masa terhad untuk mencari pengganti Laurent Koscielny.- MalaysiaGazette