Arkib: Keadaan di Kashmir, India

KASHMIR – Lebih 500 orang ditahan di Kashmir, India selepas negara tersebut menggugurkan hak autonominya.

Profesor universiti, pemimpin perniagaan dan aktivis antara yang 560 orang yang ditahan di sebuah pusat tahanan di sini yang mana sebahagiannya ditahan selepas serbuah di bandar-bandar seperti Srinagara, Baramulla dan Gurez pada tengah malam tadi.

Menurut laporan Press Trust of India dan Indian Express, tahanan tersebut dilakukan kerana Perdana Menteri Narendra Modi dijadualkan untuk berucap kepada rakyat pada Khamis ini.

Ini bagi memberi penjelasan mengenai keputusan kerajaan nasionalis Hindu itu untuk menggugurkan status khas Kashmir yang telah dipakai sejak tujuh dekad lalu.

Parlimen turut meluluskan undang-undang untuk memisahkan wilayah yang menjadi pertikaian tersebut kepada dua wilayah yang ditadbir secara langsung oleh New Delhi.

Puluhan ribu tentera India diarahkan untuk melaksanakan perintah berkurung termasuk menghalang akses internet dan telefon di samping hanya membenarkan pergerakan terhad di atas jalan yang pada kebiasaannya sibuk oleh para pelancong yang mahu mengambil gambar keindahan lembah Kashmir.

Perkembangan di Kashmir juga telah menyebabkan jirannya, Pakistan mengurangkan hubungan diplomatik dengan Delhi dan menghalau keluar duta India.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast