LONDON – Danny Welbeck akhirnya memilih berhijrah ke Watford selepas meninggalkan Arsenal pada penghujung musim lalu.

Bekas penyerang Manchester United itu terpaksa akut tidak ditawarkan kontrak baru oleh The Gunners selepas menyertainya pada 2014.

Everton dan Newcastle United dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu.

Namun The Hornets mengesahkan kemasukan Welbeck menerusi kiriman Twitter.

Ketibaan pemain berusia 28 tahun itu di Vicarage Road mungkin akan disertai pemain sayap Rennes, Ismaila Sarr.

Watford dilaporkan sedang berbincang dengan pasukan Ligue 1 itu mengenai perpindahan yang mungkin memecahkan rekod kelab berkenaan.

Faktor kecederaan menjejaskan prestasi Welbeck sepanjang musim lalu apabila dia hanya dapat melakukan 14 penampilan dalam kesemua kejohanan di samping menghasilkan lima gol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast