Grand Prix F1 Mexico akan kekal dalam Kalendar tahunan F1 sehingga 2022.

MEXICO -Mexico akan kekal dalam kalendar Formula 1 untuk tiga tahun akan datang iaitu sehingga 2022.

Jadual perlumbaan F1 diperluaskan dengan rekod 22 perlumbaan musim 2020 selepas satu perjanjian dicapai kedua dua pihak.

Perlumbaan di Mexico akan bertukar nama sebagai Mexico City Grand Prix dari 2020.

Mexico kembali dalam carta F1 pada 2015 selepas 25 tahun.

Namun sukan itu kita berdepan ketidaktentuan apabila kerajaan Mexico mencadangkan berkemungkinan dana akan diperuntukkan dari pihak lain.

Perlumbaan baharu akan berlangsung dengan peserta baharu Vietnam dan Belanda dari 2020 dengan Jerman sudah tarik diri dari kalender F1.

Perjanjian tiga tahun F1 GP Mexico City dipersetujui berdasarkan model pembiayaan kewangan yang baharu tanpa menggunakan sumber kewangan awam, kata Datuk Mandar Bandaraya Mexico Claudia Sheinbaum.

Kerajaan tempatan bandaraya Mexico akan berperanan sebagai orang tengah mewujudkan yayasan yang akan mengumpul pelaburan swasta yang diperlukan untuk membiayai sukan permotoran antarabangsa.

Perlumbaan Grand Prix Mexico kali ini akan berlangsung di Litar Hermanos Rodriguez di Bandaraya Mexico pada Oktober ini.- MalaysiaGazette