Lokasi peluru berpandu jarak dekat yang dibedil Korea Utara pada 10 Ogos 2019.

SEOUL – Korea Utara telah membedil dua lagi peluru berpandu ke laut – merupakan pelancaran kelima sejak beberapa minggu lalu.

Peluru berpandu itu dipercayai jarak sederhana, kata tentera Korea Utara.

Jika ia menggunakan peluru berpandu tersebut, ia mengesahkan pelanggaran resolusi 11 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peluru berpandu itu dibedil selepas Presiden Donald Trump berkata beliau menerima ‘surat sangat cantik’ daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Trump mendedahkan Kim tidak senang dengan latihan ketenteraan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dengan Korea Selatan.

Peluru itu dilepaskan berhampiran bandar Hamhung di wilayah Hamgyong selatan dan mendarat di Laut Jepun ke timur Semenanjung Korea.

Peluru itu dilancarkan pada pukul 05:34 dan 05:50 (20:34 and 20:50 GMT Jumaat), melepas jarak sekitar 400 kilometer pada altitud 48 kilometer dengan kelajuan lebih daripada Mach 6.1, kata kenyataan Korea Selatan. – MalaysiaGazette