TOKYO – Harga minyak mentah kembali stabil selepas mengalami kerugian yang ketara semalam selepas inventori minyak Amerika Syarikat meningkat dengan tidak disangka-sangka, menimbulkan kebimbangan kemelesetan ekonomi.

Selain itu data ekonomi China dan Eropah yang mengecewakan turut mempengaruhi harga emas hitam.

Brent diniagakan susut AS$0.13 kepada AS$59.35 setong pada 0643 GMT, selepas menjunam 3 peratus pada sesi terakhir.

Minyak mentah Amerika Syarikat naik AS$0.05 kepada AS$55.28 setong, setelah mengalami penurunan 3.3 peratus sebelumnya.

Kombinasi data-data menunjukkan kelembapan pertumbuhan global di tengah-tengah peperangan perdagangan antara Amerika Syarikat-China dan paras minyak yang berterusan tinggi dalam stok Amerika Syarikat telah menjejaskan keyakinan berterusan dalam pasaran minyak mentah, tetapi mencetuskan jangkaan bahawa pengeluar terkemuka akanmengambil langkah selanjutnya untuk menyokong harga .

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah mengurangkan pengeluaran sejak awal tahun 2017 dan peniaga-peniaga menjangkakan Arab Saudi akan mengurangkan pengeluaran di tengah-tengah permintaan minyak global yang semakin perlahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast