Pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur memasuki kenderaan selepas datang ke Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Mereka dipercayai berjumpa dengan ibu bapa Nora Anne Quoirin sebelum itu. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2019.

SEREMBAN – Sekumpulan empat pasukan patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diketuai Dr Siew Sheue Feng baru sahaja meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Mereka beredar kira-kira jam 3.48 petang tadi dipercayai selepas melakukan proses dokumentasi ke atas mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin.

Ketika diminta mengulas mengenai aktiviti mereka hari ini, Dr Siew hanya sekadar tersenyum manakala petugas patologi lain pula tidak menghiraukan pengamal media dan bergegas masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda HKL.

Terdahulu, pasukan Patologi HKL hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, HTJ kira-kira jam 1.52 tengahari tadi.

MalaysiaGazette dimaklumkan pasukan perubatan dari ibu negara itu dikatakan baru sahaja pulang daripada menemui ibu bapa Nora Anne, 15, di Villa The Dusun, dekat Pantai, di sini.

Kehadiran mereka itu juga sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beredar selepas melawat ibu bapa Nora Anne, awal pagi tadi.

Sebelum ini mayat Nora Anne ditemui Selasa lalu dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan remaja itu dan keluarganya di Villa The Dusun. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.