TERKINI : Polis Sahkan Mayat “Nora Anne” Sudah Dituntut

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan bahawa mayat yang dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, malam ini merupakan jasad remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin.

Perkara itu dimaklumkan Mohamad sendiri ketika dihubungi petugas media yang berada di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HTJ sejak jam 10.30 malam tadi.