KUALA LUMPUR – Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus mencetus fenomena apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi platform media sosial Astro Shaw.

“Wow! 11 hari tayangan, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mengutip RM21 juta! Syukur #BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM21 juta selepas 11 hari tayangan di Malaysia!

“Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan. Dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda sekarang. Kini di pawagam!” tulis Astro Shaw.

Sebelum ini, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.

Difahamkan filem pertama BoBoiBoy terdahulu mengambil masa 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta, berbeza dengan filem kali ini yang memerlukan masa hanya lapan hari sahaja. – MalaysiaGazette