Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow

PULAU PINANG – Kerajaan negeri pasti akan menerima tempias rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan Pusat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Kon Yeow berkata, sumber maklumat kini disebarkan dalam masa tersingkat dan rakyat juga akan membuat rumusan terhadap satu-satu isu secara pantas.

“Ini merupakan satu hakikat yang kejam, is seperti program realiti Minutes of Fame yang menyaksikan pengadil dengan mudahnya menekan loceng ‘ding’ untuk menyingkirkan peserta yang mereka tidak puas hati.

“Usaha kerajaan Pakatan di Pulau Pinang selama 11 tahun juga boleh dikenakan ‘ding’ (oleh rakyat) dan disingkirkan,” katanya dipetik Kwong Wah Yit Poh.

Kon Yeow turut memberi contoh isu yang mungkin menyebabkan kerajaan negeri terkena ‘ding’ daripada rakyat termasuk pengajaran seni khat dan isu berkaitan pendakwah warganegara India iaitu Zakir Naik.

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh selama ini, tetapi ia tidak dapat mengelak daripada tempias “pasukan Pusat”.

“Banyak isu termasuk berkaitan Zakir Naik merupakan isu Pusat, tetapi kerajaan negeri sukar mengelak tempiasnya.

“Segalanya diputuskan oleh rakyat dan sebagai parti politik, kami hanya boleh menerima. Kami juga perlu membuat rancangan untuk menghadapi keadaan terburuk,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tak ada ding nya kalau duduk dipehak yang benar. kalau selalu bersalahan bukan dengan pusat sahaja. dqengan rakyat pun boleh kena ding.

Comments are closed.