NEW YORK- Di sebalik jaminan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengatakan pengguna tidak akan terbeban dengan tarif yang dikenakan terhadap China, analisis yang dijalankan oleh JPMorgan menemui pendapat yang berbeza.

Menurut firma tersebut, secara purata setiap keluarga di AS terpaksa menanggung beban kira-kira AS$1,000 setahun apabila tarif baharu terhadap China dilaksanakan.

Menurut CNBC, JPMorgan menganggarkan dengan mengenakan 10 peratus tarif ke atas AS$300 bilion barangan keluaran China, ia akan menyebabkan setiap isi rumah terpaksa menanggung peningkatan kos sebanyak AS$400.

Secara keseluruhannya, kesan daripada tarif itu dijangka mengatasi pelepasan cukai yang diumumkan oleh Trump pada tahun 2017.

JPMorgan menganggarkan pelepasan cukai tersebut adalah kira-kira AS$1,300 setahun.

Pusingan terakhir pelaksanaan tarif akan menjejaskan kepenggunaan dan barangan modal berbeza dengan tarif sebelum ini yang mensasarkan barangan pertengahan yang mana merupakan produk belum siap yang dijual kepada pengilang.

Ini bermakna rakyat AS akan merasai kesan yang lebih teruk kepada poket mereka berbanding sebelum ini.

Walaupun Trump berulangkali menyatakan tarif yang akan dibayar China itu akan mengukuhkan AS dan mengurangkan defisit dagangan namun kerajaan menjangkakan kesannya akan lebih dirasai oleh pengguna AS.- MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.