Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Bual Bicara Anwar Ibrahim di Kompleks Darul Puteri Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar pemimpin yang beranggapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan sepenggal harus meletakan jawatan mereka dalam kerajaan.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Anwar berkata, kenyataan bahawa PH adalah kerajaan sepenggal tidak melambangkan kesungguhan untuk melakukan reformasi yang diinginkan dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya nak nasihat kalau ada pemimpin PH yang pegang jabatan kerajaan kata kerajaan PH sebagai kerajaan sepenggal, dia patut letak jawatan.

“Kita harus yakin samada kita sepenggal atau tidak itu terletak kepada keupayaan kita melaksanakan agenda reformasi.

“Kita baru setahun betul ada kelemahan tapi kita harus akui perubahan itu telah dimulakan tapi dalam permulaan dalam suasana yang getir,” katanya ketika menjawab soalan hadirin dalam program Bual Bicara Anwar Ibrahim sempena Jelajah Presiden ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Justeru itu, Anwar berkata, PH perlu terus fokus kepada masalah-masalah yang dihadapi rakyat kini.

Katanya, PH harus terus menjadi juara rakyat bagi mendapatkan undi mereka pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Saya yakin kalau landasan yang betul, banteras rasuah jadi rakyat tetap akan pilih PH,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.