Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Singapura, negara yang seratus peratus penduduknya berinteraksi dalam bahasa Inggeris kekal menggunakan “Pesta Sukan” untuk hari sukan negara itu.

Bagaimanapun, Malaysia yang perlembagaannya dengan jelas menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diperlekehkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan sewenang-wenangnya menukar nama “Hari Sukan Negara” kepada “Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19)”.

Kononnya, penukaran nama kepada indentiti barat itu lebih berprestij berbanding mengekalkan nama asal.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas langkah diambil kementerian itu secara sinis berkata, Singapura tidak pernah bimbang apabila menggunakan Bahasa Melayu.

“Timbalan Menteri DAP kata tukar nama “Hari Sukan Negara” ditukar nama kepada nama Inggeris “Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19)” kerana nama baru lebih berprestij.

“Maksudnya nama dalam bahasa kebangsaan tak ada prestij? Lepas itu, dia kata ini idea (Menteri) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman. Bukan dari dia.

“Tapi, saya tengok Singapura pun guna nama “Pesta Sukan” untuk hari sukan mereka. Singapura tak bimbang nama itu tak berprestij ke?” soal beliau menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Beliau menyatakan demikian mengulas penjenamaan semula Hari Sukan Negara yang diumumkan Steven Sim kepada nama baru, Malaysia Sports Challenge (MySC) mulai tahun ini.

Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun bermula 2015 kini dijenamakan semula dan Timbalan Menterinya menyatakan, ia tiada kaitan dengan tujuan lain kerana penganjurnya adalah sama iaitu Kementerian Belia dan Sukan

“Cuma bezanya jika Hari Sukan Negara sebelum ini disambut sehari sahaja, tetapi MySC disambut selama sebulan iaitu sepanjang Oktober ini dengan lebih banyak aktiviti diatur.

“Selain itu jika Hari Sukan Negara melibatkan sasaran dua juta orang, MySC mensasarkan lima juta melibatkan semua peringkat umur, golongan, gender dan kepelbagaian program,” kata Steven. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.