Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr.Maamor Osman (kiri) menunjukan logo halal dalam tulisan tamil dan cina pada sidang media mengenai isu tulisan jawi di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 23 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.

Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.

Ini tegas beliau sebagai tanda akur PPIM berhubung penolakan tulisan Jawi oleh persatuan Cina, Dong Zong bagi pelaksanaan dalam kurikulum sekolah tahun depan.

“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.

“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.

“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya kepada media pada majlis kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di sini, hari ini.

Dr. Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam.

Jelas beliau, tujuan pemilik menggunakan jenama Melayu dan nama lebih Islamik kerana untuk mengelirukan pembeli Islam kononnya makanan itu halal.

“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.

“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette

28 Komen

  1. Mintak PPIM hebahkan secara besar2an produk yg pure Muslim dan yang mana tak pure muslim.. Senang kita nk support kempen ni.. kalau nak kena cari sendiri mmg nampak gaya berat sikit la kempen ni nak berjaya.. nnt kang diorang gunakan tektik diskaun dan beli produk dpt hadiah.. org kita bukan buleh dengar bab2 diskaun dan hadiah percuma2 ni..

  2. Assalamualaikum
    Saya sekadar ingin memberi cadangan sijil halal jugak perlu dikeluarkan mengikut pengusaha restoran -restoran mamak yg pengusahanya berbsngsa hindu atau cina mesti sijil halal jugak tulisan tamil atau cina utk mengelakkan kekeliruan umat islam terhadap pengusaha permis tersebut.
    Kadang2 restoran mamak pekerja india muslim tp pengusaha nya hindu bergitu jugak restoran cina yg pekerja nya indon.

  3. Haramman juga penggunaan Nama Produk Dan iklan produk yg berunsurkan melayu Dan islamik kepada pengusaha bukan Islam…contoh produk kopi,pengusaha cina to guna iklan gambar masjid….HARAMKAN…baru Kita tahu membezakan produk Muslim Dan bukan muslim

    • Suruh diorg gunakan gambar kuil atau tokong utk produk kafir Ni..so, senang org Islam nak pilih produk yg dibuat oleh Muslim atau bukan..

    • Setuju sangat, bkn takat logo halal. Tapi packaging & branding jgn haramkan terus penggunaan yg ada unsur2 melayu & islamik.

  4. PPIM wajar Keluarkan logo produk Islam. Produk yang mengikut garis panduan syariah. PPIM jugak berkuasa memantau setiap produk yang menggunakan logo PPIM.
    PASTIKAN ada website utk pengguna boleh memeriksa senarai produk2 yang sah dari badan PPIM.

  5. Saya cadangkan selain sijil halal jakim juga perlu keluarkan sijil waswas utk produk nonmuslim yg diragui status halalnya

    • Kalau logo halal dikeluarkan dalam bahasa Cina dan Tamil dah cukup untuk orang boikot produk yg selama ni kelirukan umat islam

  6. Ini mmang patut kene buat..idea bernas dari ppim..ko tknk sangt jawi kn…jgn tak setuju pulak..ko ingt malaysia ni cume ade menteri yg ikt tali kt hidung……ade kuasa pon tak gune..moga berkuat kuasa secepat mungkin..

  7. Tidak semudah cakap. Bagaimana halnya dengan produk keluaran bukan Muslim yang bukan Cina atau India seperti Nestle contohnya.

  8. Bukan sekadar product makanan ada dilebelkan dengan tulisan cina & tamil. Nama tempat juga mesti di hapuskan tulisan cina seperti di kawasan Pandan, KL. Sebagai contoh, berhampiran Hospital Ampang terdapat batu tanda Pandan Mewah dg tulisan rumi & tulisan cina.

  9. Setuju..yg jenama cap masjid sbb pemilik non muslim..tukar cap tokong bagi kaum cina dan cap kuil bagi kaum india

  10. Assalammualaikum Buat Rakyat Malaysia Melayu Islam,
    Dan Salam Sejatra Buat Rakyat Malaysia Yang Bukan BerAgama Islam,
    Disini Saye Ingin Mengingatkan Kepada Semua Rakyat Malaysia Yang Berbilang Kaum(1Malaysia),
    Malaysia Adalah Negara Islam 100%,Ape2 Keputusan Oleh Kerajaan Islam Malaysia Haruslah Di Patuhi Oleh Semua Rakyat Malaysia Yang Berbilang Kaum Dan Agama,
    Isu Tulisan JAWI Harus Di Hormati,Tak Kiralah Tulisan JAWI Atas Label Product Makanan HALAL Ke,Papan Tanda Jalan ke, Restaurant Ke Dan Sebagainya,,,,?

  11. Jakim seharusnya tidak mengeluarkan sijil halal kepada semua produk makanan yg di usahakan olih pengusaha bukan Islam… Kalau di teliti dgn betul Islam melarang memakan makan yg di sediakan olih orang yg tidak bersolat apa tah lgi makanan yg di sediakan olih orang yg bukan Islam. Ada hadist yg mengatakan bahawa air yg menitis dri bumbung rumah orang yg tidak bersolat adalah najis…. Jakim harus bertanggong jawab dalam soal menghalalkan makanan yg di sediakan untuk orang Islam.

  12. Setuju ssgt..mulai skrg product cina gunakn tulidan cina. India gunakn tulisan india..mcm xada pdirian jaa bangsa² ini… Harus berani laa apek..berani laa aney…benci klu terus benci laa…jgn org melayu lu benci tp bila luit punya hal.. lu sggup jilat jubur melayu…sggup isap lancau melayu… Xdaa value laa lu apek…kita kasi ajar sama kelepey kulop ni…

  13. perlu di pantau juga..ada pengusaha bkn Islam mengguna nama syrikat org.melayu utk.produk mereka(ali baba)..melayu2 munafik nii yg..merosakkn maruah melayu…

  14. Bersetuju benar akan saranan ini. Produk bukan muslim dilarang menggunakann tulis jawi dan apa-apa lambang Islam contohnya masjid. Kepada pengusaha bukan Islam sila guna gambar tokong dan kuil

  15. Setuju 1000%…harap perlaksanaan dpt dilakukan dlm masa terdekat…. Jgn tangguh2 perkara yg baik ni….

  16. Tak setuju. Itu namanya bias. Kalau daging lembu dari Australia bertanda halal kita terima dgn terbuka kenapa barangan local kita tolak? Yang penting sudah di iktiraf halal. Bukan dibuat orang Muslim atau tak! Ini punca rakyat Malaysia tak boleh bersatu.

  17. Saya setuju 1000 peratus.bior depa tau..ini adil utk kita..jenama dan keluaran islam harus kita pertahankan..kalau bukan kita siapa lagi..biar peminpin melayu di ikat hidung..tapi kita bukan..

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.