Arkib: Hari Sukan Negara 2018

KUALA LUMPUR – Malaysia Sports Challenge 2019 bukan pengganti kepada Hari Sukan Negara sebaliknya salah satu aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang Oktober yang diangkat sebagai Bulan Sukan Negara.

Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Hari Sukan Negara tetap akan diadakan pada 12 Oktober seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Malaysia Sports Challenge 2019 ialah inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bermula pada tahun 2019 bertujuan untuk menambah baik konsep Hari Sukan Negara yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Maka, penambahbaikan dan perubahan konsep yang lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa adalah keutamaan yang sangat penting bagi menjamin agenda “Sukan untuk Semua” kekal relevan sepanjang zaman,” katanya.

Tambah KBS, pelbagai siri pertemuan telah dan akan dilaksanakan kepada sektor korporat bertujuan untuk menambah peluang penajaan, penganjuran aktiviti dan program sukan untuk syarikat korporat serta mempromosikan gaya hidup sihat dengan lebih inklusif.

Pelbagai aktiviti juga telah dirancang untuk memeriahkan Bulan Sukan Negara antaranya ekspo sukan dan juga konvensyen khas untuk wanita dalam sukan, kolaborasi bersama pihak swasta dan kerajaan dalam memberi khidmat dan fasiliti secara percuma ataupun dalam bentuk diskaun dan program sukan antarabangsa dan kebangsaan yang akan diberikan kelulusan dan bantuan khas. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.