Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Semua bentuk tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan termasuk perhimpunan aman hendaklah dihentikan serta merta.

Itu amaran Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador merujuk kepada isu-isu sensitif yang dimainkan sesetengah pihak sekarang.

Ia termasuk isu bendera diterbalikkan di mana sehingga kini polis menerima sebanyak 69 laporan dan sembilan kertas siasatan dibuka.

Kedua, katanya, isu ceramah pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik di mana pihaknya menerima sebanyak 515 laporan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Peguam Negara dalam masa terdekat.

“Bagi isu melibatkan tulisan Jawi atau khat sejumlah 24 laporan polis telah diterima dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya akan mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang kepada mana-mana penganjur dan peserta perhimpunan yang menjejaskan kententeraman awam.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.