Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berucap pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-22 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Pekerja perlu rasa rasa selamat dan dilindungi di tempat kerja.

Kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran situasi tempat kerja yang selamat dan sihat bukan sahaja dapat membantu mengelak berlakunya kemalangan, malah pekerja akan lebih fokus untuk menjalankan tugas dengan hasil yang lebih berkualiti.

“Bila kami sediakan tempat kerja yang sihat dan selamat. Awak akan dapat kurangkan isu keselamatan dalam pelbagai cara.

“Apatah lagi bila pekerja rasa selamat dan dilindungi di tempat kerja, mereka akan kurang terganggu dan dapat fokus lebih baik, jadi hasil kerja akan lebih berkualiti.

“Saya percaya kecekapan dalam isu ini akan menigkat, juga produktiviti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian  Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kali ke-22 (COSH 2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Dalam masa yang sama, tambah Kulasegaran, pekerja juga perlu menjadikan polisi keselamatan sebagai garis panduan dalam menjalankan tugas.

“Pekerja perlu sentiasa hormat dan ikut polisi keselamatan. Polisi keselamatan ini diadakan untuk beri majikan garis panduan untuk dipatuhi.

“Ikuti yang diamalkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) maka ia akan membantu mengurangkan insiden tidak diingini di tempat kerja.

“Jangan ambil jangan singkat dan letakkan diri anda dalam bahaya dengan perkara yang tidak sepatutnya,” katanya. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.