Gambar-gambar Sineenat Wongvajirapakdi ketika melakukan latihan ketenteraan. foto Agensi

BANGKOK – Beberapa keping gambar gundik rasmi Raja Thailand telah dipaparkan oleh istana menyebabkan laman sesawangnya crash.

Imej-imej yang dipaparkan menunjukkan Sineenat Wongvajirapakdi, seorang juruterbang pesawat pejuang, memakai pakaian tentera dan sedang mensasarkan senjata.

Raja Maha Vajiralongkorn, 67, memberi gelaran itu kepada Sineenat pada Julai lalu, dua bulan selepas mengahwini permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn.

Dalam gambar itu Sineenat mengambil bahagian dalam majlis pengebumian Raja Bhumibol Adulyadej.

Hosting laman sesawang itu turut terjejas akibat menerima trafik yang tinggi, menurut Reuters.

Biografi Sineenat turut dipaparkan bersama imej-imejnya.

Istana Thailand berkata, Raja Maha Vajiralongkorn telah mengarahkan supaya biografi diraja diwujudkan untuk Sineenat.

Selain, juruterbang terlatih, Sineenat adalah jururawat dan pengawal. – MalaysiaGazette