Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Murid-murid tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2019 dan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dipelawa memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2020 secara dalam talian.

Permohonan dibuka selama sebulan mulai hari ini (27 Ogos 2019) hingga 27 September depan.

Para pelajar boleh mengisi borang permohonan dengan melayari , kaya laman sesawang Kementerian Pendidikan di alamat www.moe.gov.my, menurut kenyataan Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan.

UPSR akan bermula 4 September hingga 12 September ini. – Malaysia Gazette