KUALA LUMPUR – Pelakon, Bella Dally yang baharu mendirikan rumah tangga selama lima bulan menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik video yang menimbulkan tanda tanya.

Menerusi video tersebut, Bella memegang ujian kehamilan menunjukkan tanda dua baris yang bermakna positif hamil.

Turut disertakan tarikh 29 Ogos 2019 iaitu Khamis yang dipercayai tarikh pengumuman dan pengesahan akan dibuat olehnya.

Rakan selebritinya rata-rata seolah-olah mengerti dan mengucapkan tahniah di ruangan komen.

Omg bella!!! Congrats (tahniah),” kata Wawa Zainal.

Congratulations! (Tahniah). Alhamdulillah ❤️,” kata Bella Astilah.

“Tahniah Bell,” ujar Mira Filzah.

Bella 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally mendirikan rumah tangga bersama rif Izuddin Mohd Radzali, 34 pada 31 Mac yang lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast