Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

KUALA LUMPUR – Sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengalami gangguan capaian pagi ini ini namun ia kemudiannya berjaya diselesaikan sebelah petang.

Ekoran kejadian itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid membuat lawatan khas di Pusat Data JPJ di Cyberjaya dekat sini hari ini.

Turut hadir dalan lawatan yang sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Zamakhshari Hanipah, Timbaan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah Teknologi Digital, Shamsudin Sharif dan Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, Zahidah Abd Jalil.

Lawatan khas lebih satu jam itu dilakukan berikutan sistem mySIKAP telah dilanda masalah teknikal bermula jam 11.30 pagi namun berjaya diselesaikan pada jam 4.00 petang tadi.

Berikutan masalah tersebut telah menyebabkan sebarang urusan transaksi perkhidmatan JPJ telah mengalami gangguan di semua kaunter seluruh negara, JPJ Mobile termasuk perkhidmatan secara atas talian (online), kata satu kenyataan JPJ hari ini.- MalaysiaGazette