Rohingya refugees line up for daily essentials distribution at Balukhali camp, near Cox's Bazar, Bangladesh January 15, 2018. REUTERS/Tyrone Siu

DHAKA – Kem pelarian Rohingya di tenggara Bangladesh bergolak lagi apabila seorang pelarian ditembak mati oleh anggota polis beberapa hari lepas.

Agensi melaporkan, belaiu merupakan individu keempat ditembak mati oleh pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dengan perbalahan berhubung pembunuhan seorang pegawai parti pemerintah sehingga wujudnya kekecohan.

Insiden itu sekaligus mencetuskan keadaan huru hara di kem tersebut dengan sejuta pelarian melarikan diri Mynmar kerana keganasan.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya lima lelaki Rohingya maut dalam pertembungan di penempatan itu yang didakwa ada kaitan dengan keganasan kumpulan samseng.

Malah beberapa minggu lepas seorang pegawai Liga Awami ditembak di kepala di kem Jadimura yang terletak di bandar sempadan, Teknaf.

Pihak berkuasa kemudian menyalahkan kematian Omar Faruk dengan tindakan samseng Rohingya dan menembak mati tiga pelarian sejak seminggu lalu.

Mangsa terbaharu yang maut adalah Nur Mohammad, 36, didakwa ketua samseng Rohingya tiba di Bangladesh pada 1992 serta melakukan operasinya di kawasan bukit sekitar kem pelarian.

Pihak berkuasa tempatan berkata, Nur Mohammad adalah seorang raja dadah yang terbabit menggunakan pelarian untuk menyeludup yaba, pil popular methamphetamine dari sempadan Myanmar.

Menurut jurucakap polis, Ikbal Hossain, pasa Sabtu lalu pihaknya telah menahan Nur Mohamad kerana jenayah dadah namun pengikutnya bertindak melepaskan tembakan.

“Kami juga terpaksa melepaskan tembakan dengan kumpulan itu sebelum mendapati mangsa telah mati akibat tembakan bertalu-talu itu,” dakwanya.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi kemanusian menuduh pembunuhan itu di luar undang-undang oleh polis Bangladesh sehingga mencetuskan keadaan tegang ketika ini.

Beratus-ratus penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kempelarian yang marah bertindak merosakkan rumah serta kedai-kedai warga Rohingnya di kawasan itu. – Agensi