Muhyiddin Mohd Yassin

PUTRAJAYA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Johor yang dibatalkan pendaftaran sejak awal bulan lalu akan menemui Kementerian Dalam Negeri, esok.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kes pembatalan Dong Zong bukan masalah serius sebaliknya hanya berlaku pelanggaran peraturan pendaftar pertubuhan sahaja.

“Mereka akan jumpa saya esok dan nanti saya akan dengar pasal ini bukan masalah apa. Ini masalah pengurusan salah sebuah persatuan-persatuan yang bergabung di bawah Dong Zong kerana mereka tak mematuhi peraturan-peraturan pendaftar pertubuhan.

“Jadi saya telah diberi satu laporan tapi esok mereka akan hadir, saya akan jemput Pendaftar bersama-sama dan lihat apa yang boleh dilakukan supaya mana yang boleh diperbetulkan, kita perbetulkan,” katanya pada sidang media, di kementeriannya, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong berkata, pihak telah memfailkan rayuan kerana pembatalan cawangan Johor persatuan itu oleh Ros Johor.

Menurut Chee Chong, pada 20 Ogos lalu, pihaknya menerima surat pembatalan bertarikh 8 Ogos daripada Pengarah RoS Johor.

Pembatalan itu dibuat dengan alasan pihak Ros Johro tidak menerima sebarang penjelasan mengenai pindaan perlembagaan persatuan berkaitan penglibatan guru.

Januari lalu, Dong Zong menerima surat tunjuk sebab daripada RoS Johor kerana perlembagaan mereka bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 kerana terdapat penglibatan guru-guru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast